“KAMI tidak gentar menghadapi Kelantan.” Ini antara reaksi pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail apabila pasukan bimbingannya dijadualkan bertemu The Red Warriors pada hari ini.
Antara ungkapan yang menarik perhatian ambo adalah “tidak gentar”. Memang, mana-mana pasukan yang ditakdirkan bertemu Kelantan; tak kiralah dalam apa jua kejohanan, pasti akan memberi tentangan sengit. Lebih-lebih lagi apabila kejohanan tersebut membabitkan format perlawanan secara kalah mati. Tentunya mereka akan bermain bermati-matian hingga ke minit 90 sebelum masa berakhir. Bermakna satu pasukan akan terus mara ke peringkat suku akhir manakala satu pasukan lagi terpaksa pulang hampa. Ini yang perlu kita kaji dan beri perhatian. Jika gagal, kredibiliti dan reputasi The Red Warriors sebagai sebuah pasukan gergasi bola sepak Malaysia mungkin sedikit tercalar.
Kepada Bojan, kami menyerahkan segala-galanya di tangan anda. Anda yang lebih berhak memilih siapa yang akan diturunkan dan siapa yang PATUT direhatkan. Yakinlah bahawa kami sentiasa di belakangmu. Hampir setiap masa kami berdendang, bersorak, menyanyi senada seirama untuk menyatakan kesetiaan terhadap pasukan negeri kelahiran kami.... tanpa ada rasa jemu..!! Ambo yakin, InsyaAllah!

No comments:
Post a Comment